10 cara lelaki memberi alasan

wanita tetap termakan juga cakap lelaki yang memang terer memperdaya kaum wanita, adesss… “Ingat ya…kalau ayatnya macam gitu, so jawabnya macam ginilah!”




1. Ayatnya : I cintakan you, tapi I tak boleh bercinta dengan you.
sis love jawab : Menipulah tu, samada dia dah ada girlfriend lain atau dia sudah kahwin. Sebab dia cakap macam tu? Suka-suka, boleh mengorat 2-3 girls in one time. So? Cari boyfriend lainlah!




2. Ayatnya : I sayangkan you kerana you buat I happy sangat tapi i tak nak ada komitmen.
sis love jawab : Sebab tak nak ada komitmen adalah kerana dia mahu ‘his options open’ so, kalau-kalau dapat jumpa girl lain yang lebih dari you, dia tak perlu nak break off dengan you, kan? Sebab tu lah tiba-tiba je hilang tu,




3. Ayatnya : I sibuk sangat dengan kerja. Tak sempat nak call you.
sis love jawab : Dah mulai bosan dengan you lah tu haaa…nak call pun tak sempat? Mengalahkan Perdana Menteri! Mana ada orang yang sibuk sangat sampai lupa nak call orang tersayang…Tak sayang lah tu sebab tu lupa! Jangan terima je ayat dia yang lemau tu…




4. Ayatnya : I malas lah nak text you, nak kena type sms letih lah.
sis love jawab : Sekali lagi tak logik! Lelaki, kalau time dia nak kat any girls, sms 20x betul tak? So, bila dah dapat, malas pulak nak sms? Haa…ada minah lain lah tu. Cari boyfriend lain lah cepat-cepat!




5. Ayatnya : I nak kahwin dengan you tetapi bukan sekarang.
sis love jawab : Adoi!!…klasik!! Mengapa bukan sekarang? tak ada duit? Pinjam lah! Akad nikah RM88 je beb…kalau tak ada duit sangat jangan bercinta in the first place. Buat sakit jiwa orang perempuan je




6. Ayatnya : Nanti I ada duit banyak, I akan belikan you gelang emas okey sayang.
sis love jawab : Haa…ini nak ‘makan’ dulu lah ni. Yang girl ni pun percayalah…terus bagi pinjam duit, then mamat ni pun lesap! be strong…jangan sesekali bagi pinjam duit kat boyfriend anda!




7. Ayatnya : I nak kat you, tapi Mak I tak suka kita bersama.
sis love jawab : Salah satu cara untuk break off ATAU stay not commited…yang mana girl ni tak boleh nak marah kat lelaki. Trick dia, put the blame on someone else, dalam kes ni, put on his mother…paling kuat, girl boleh marah kat mak lelaki tu je lah. Si lelaki, lepass…Yang mamat ni pun, sama-sama berlakon, “Tu lah mak i ni teruk lah!” Selang few days, dia pun hilang…yang girl ni pulak terus duk maki mak lelaki tu tak habis-habis, adoi!




8. Ayatnya : I belum boleh bersama you buat masa sekarang sebab I masih belajar.
sis love jawab : Ini ayat, mungkin boleh percaya, mungkin juga tipu. Selalunya yang jarak jauh, ni lah alasan dia, masih belajar! kalau betul okeylah…tapi kut belajar pun tak, kerja pun tak, hampeh!




9. Ayatnya : I letih-letih pergi kerja, you sibuk je nak sayang-sayang, rimas lah.
sis love jawab : Hmmm…memang rimaslah tu, tok sah tanya mengapa lah…pasal, im sure you all dah bertahun bersama dan duk buat rutin yang sama. mesti rimas, mesti boring…cuba buat interesting things sikit. Unusual staff..




10. Ayatnya : I sayang sangat kat you baby, I tak happy dengan wife I, bila dengan dia, I selalu teringat kat you je…tapi I belum boleh cerai dia lagi sekarang ni, ia mengambil masa!
sis love jawab : Haa…yang ni puas dululah lelaki tu ratah girl ni, adoi! Yang girl ni lak sayang punya pasal…bagi, bagi, bagi, pasal duk diberi janji nak kahwin lepas cerai bini ni. Tapi bertahun tak cerai-cerai. Aduuhhh…

Basically, semua alasan lelaki ini, cara mengayat…or whatever you call it…hanya akan menghancurkan masa depan wanita yang percaya dengan kata-kata lelaki ini. BUT, not all lelaki jahat, suka mengayat macam ni…UNTUK tahu dia genuine atau tidak? real or penipu?…

Apabila keraguan mulai menular di dalam jiwa anda, dan naluri anda tertanya-tanya seorang diri, maka PERCAYALAH kepada naluri anda itu yang dia sebenarnya PENIPU!

12 pErKaRa tEnTaNg cInTa Yg GiLa...

1.Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan

7.Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat

9.Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa

11.Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya

12.Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati

sang lelaki.. mari sama2 kenali perempuan....

wanita itu sempurna...
Current mood:interesting..

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA

diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak

tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan

satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan

menghanyutkannya.

renung2kn.. slamat beramal... ;))

MaAaAaAaAaAaAkKkKkKkKkK!!!!!!!!

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

blogger-emoticon.blogspot.com

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri.... blogger-emoticon.blogspot.com


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa.....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT.... blogger-emoticon.blogspot.com


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,blogger-emoticon.blogspot.com


"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.blogger-emoticon.blogspot.com