MoTiVaSi HaTi.............

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental kita, emosi kita, kesabaran kita.

Saya nak kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. blogger-emoticon.blogspot.com
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


2. Buang Sikap Risau. blogger-emoticon.blogspot.com
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal


3. Belajar Rajin Bersyukur. blogger-emoticon.blogspot.com
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.



4. Belajar Menjadi Pemaaf. blogger-emoticon.blogspot.com
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.


5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa. blogger-emoticon.blogspot.com
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…


6. Ubah Fikiran blogger-emoticon.blogspot.com
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.


7. Hati Mesti ‘Keras’. blogger-emoticon.blogspot.com
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnyablogger-emoticon.blogspot.com

SeNamAn MuLuT

Korang semua pernah buat senaman mulut tak? Apa kata aku bagi cara senaman mulut yang paling mudah untuk korang semua pemabaca buat. Tanpa ada sebarang dadah, bahan kimia mahupun bayaran.

copot cahabat ciput catu cenje, ciput cia-cia
came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cia-cia
came copot cebab copot cahabat ciput. cemace ciput
came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye
cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai
ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot.
ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot
cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat
cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter
cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi
cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput
came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu...
cenyap... cenyap copot...". copot cambung cakap,
"copot cudah cenyap... ciput cenyap
camelah...".celepas cejam, cahaye cerah cudah chow
cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot
cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot
cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput
celamatkan copot...". ciput cenyum cambil chow came copot...

heheee...amacam? segar tak mulut?
blogger-emoticon.blogspot.com

Why They Hate Each Other.....

KENAPA LELAKI BENCI PEREMPUAN???!blogger-emoticon.blogspot.com

BUSY BODY - Wah..Ini yang paling dibenci.. Semua benda dia nak tau.. Segala tindakan kau dia akan perhati.. Sampaikan tido pakai ubat nyamuk apa pon dia nak runsing.. Apekeheynyer..

KUAT CEMBURU - Ini agak lemah sket.. Kau kena selalu berjaga2 bila bersama si dia.. Terpaksa mengawal semua tingkah laku.. Sampaikan kau naik muak dengan kecemburuan dia itu..

KUAT MERAJUK - Adik kepada perangai di atas ni.. Memanglah merajuk tu suatu yang sweet kata orang.. Saat dipujuk itulah yang sering menjadi kenangan indah untuk kau.. Tapi kalau selalu, tak ke menyampah?

MERAGUI CINTAMU - Setiap hari mengajukan soalan yang sama “betulke kau cintakan aku?” “apa bukti kau cintakan aku”.. Wajibkah cinta untuk ditayang? Terbuktikah cinta dengan luaran?

BERLAINAN MINAT - Memang agak payah menghadapi situasi ini.. Andainya kau suka tengok bola, dia pula suka tengok wayang.. Tak ker runsing memikirkan jalan terbaik.. Lainlah si dia suka tengok muka mamak, takde la dia bosan bila kau tengok bola..

MENCARI KESEMPURNAAN - Bukankah ini dah menjadi beban untuk kau… Sentiasa berusaha untuk mencapai seperti yang si dia inginkan.. Ahh.. Persetankan semua itu.. Buat cara kau.. Itu yang terbaik..

TAK MAKAN SAMAN - Semalam kau dah tegur dia, tapi hari ni si dia tetap berdegil.. Apa tak reti bahasa ke? Takkan bila dah pedas baru sibuk nak mencari sirap..

KAKI KONDEM - Selalu sangat si dia mengkritik kau.. Semua rasa tidak bez bagi dia.. Senang kata lain, si dia perasan bagus.. Ahh.. Lantakla.. Janji kau suka..



KENAPA PEREMPUAN BENCI LELAKI???!blogger-emoticon.blogspot.com

PENIPU - Dah tentu la para hawa nie tak suka akan penipu.. Itu dah kompem.. Siapa yang nak ada pasangan yang menipu kan..

TERLALU MENGAMBIL BERAT - Adeh.. Jangan poyo sangat.. Si dia pon tau menjaga diri.. Nanti si dia ingat kau terlalu mengongkong dia pulak.. Perbataskan kerisauan kau tu.. Dia pon dah besar panjang..

KAU PEROKOK - Mesti dia akan cakap bila ditanya “i tak kesah, tapi kalau boleh berenti la.. kan tak elok ntuk kesihatan” Itu maknanya dia tak suka la.. Berhentilah kalau boleh.. Dia pon mesti ada terpikir dengan kesihatan anak2 nanti bila berkeluarga..

TIDAK LUPAKAN CINTA LAMA - Tak habis2 kau cerita kisah kau ngan awek lama kau.. Pas tu kau banding2kan pulak.. Marah la dia beb.. Simpan @ buang memori lama tu.. Jangan sesekali ceritakan depan dia.. Nanti dia ingat kau masih belum mencintai dia lagi..

TIDAK SOLEH - Bukan la si dia nak kau tu sampai jadi imam, tapi cukuplah kau punya ilmu asas dalam agama.. Tidaklah dia risau bila mendirikan rumahtangga nanti.. Sama2 membimbing.. Jika dia salah kau boleh tegur dan begitulah sebaliknya..

SENSITIF - Adui.. Jantan beb!! Pebarang sensitif nie.. Takkan nak si dia pujuk kau pulak.. Tunjukkan kejantananmu itu.. Walaupun benar kau bengang, direct cakap kat dia.. Dia pon akan suka dengan kejujuran kau itu..

TAK SERIUS - Tunjukkan kesungguhan kau.. Nanti dia ingat kau main2 dalam bercinta…Cukuplah katakan sayang sebelum kau tidur.. [call jer bg yg belum kawen]

KAU PERALATKAN DIA - Kau bercinta ngan dia sebab dia cantik, kau bangga.. Dia banyak duit, kau boleh cukur.. Yang paling sadis bila kau bercinta ngan dia sebab kau bosan!! Kau takde cinta tapi hanya ada dia yang nak bercinta dengan kau.. Tapi kau tak ikhlas.. Jangan mainkan perasaan perempuan..blogger-emoticon.blogspot.com