JENIS-JENIS HANTU DI BULAN RAMADHAN......


Masa zaman gua hingusan dahulu kala, gua selalu dengar orang tua-tua cakap bulan pose takde hantu. Setelah gua besar sikit dan mampu memanipulasi otak dengan baik, gua dengar pulak pak-pak ustaz citer bulan pose setan suma kena ikat. Oooo maybe sebab tu takde hantu time bulan pose. So, takde setan bermakna takde laa hantu. Tapi camner pulak dengan jin? Hmmm. Tapi bab-bab jin ni kita tinggalkan dulu laa ye sebab gua belum masuk rancangan Imam Muda so ilmu belum mantop lagi.



Ni gua nak citer pasal hantu yang hanya wujud pada bulan pose aka bulan Ramadhan sahaja. Hantu ini akan pupus dengan sendirinya setelah tamatnya bulan pose. Huiyooo, caRa beb hantu ni beroperasi. Sempena bulan pose ni korang boleh laa melihat keadaan sekeliling korang tu. Untung-untung boleh jumpa dengan hantu edisi khas bulan Ramadhan.





1) Hantu Langsir



Hantu ni ada bau-bau kentut dengan Hantu Langsuir. Hantu Langsir ni suka sangat main dengan langsir. Bila waktu siang je dia tutup langsir satu rumah. Bila lepas waktu buka pose baru langsir tu terbuka kembali. Sebelum bulan pose takde pula nak tutup-tutup langsir tapi bila bulan pose menjelma baru aktiviti paranormal tutup langsir berlaku. Selalunya langsir bahagian dapur dan bilik tidur.





2) Penunggu Port



Hantu ini akan berada di port-port yang telah di iktiraf JAKIM sebagai kawasan selamat dari diserbu pihak penguat kuasa. Selalunya makhluk halus ni tidak menunggu berseorangan. Mereka selalunya ada geng mereka sendiri yang dinamakan Geng Neraka Jahanoooom!





3) Anak Toyol



Makhluk Toyol ini adalah budak suruhan bawah umur si Penunggu. Penunggu akan mengarahkan Toyol untuk membeli hidangan mereka dimana si Toyol ini akan membawa hidangan itu ke markas si Penunggu. Si Penunggu akan membayar pengeras berupa upah kepada Si Toyol di atas perkhidmatan yang dia telah berikan.





4) Hantu mem-Bungkus



Ni adik beradik kepada Hantu Pocong. Hantu Bungkus selalunya akan pergi ke warong-warong Mamak, 7E, KFC dan yang sewaktu dengannya lalu dengan selambernya menapau bahan makanan untuk dibawa pulang walhal pada waktu itu baru pukul 10 pagi. Kejadah apakah?





5) Zombie Ramadhan



Ni kira memang mayat hidup laa ni. Time bulan pose je mula laa datang penyakit gastrik, penyakit urat kentut berdarah, pitam dan macam-macam lagi. Lepas tu datang jumpa doktor minta MC dengan pakej ubat-ubatan yang kena makan tyme tu jugak.





6) Hantu Chi Ke Dis



Hantu ini adalah peminat setia untuk makanan-makanan ringan seperti Super Ring, Twisties dan sebagainya. Dia akan membeli makanan itu pada waktu malam lalu menyorokkan bahan makanan itu didalam meja, almari dan sebagainya. Sekiranya ada kesempatan di waktu siang, dia akan menggunakan bahan itu tanpa was-was.





7) Hantu Tarakguna



Ni sepupu sepapat dengan Hantu Dracula. Hantu ni dia akan membuta selama 12 jam sejak terbitnya fajar dan terbenamnya matahari. Dia akan kembali cergas seperti sedia kala setelah azan Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka pose.





8) Pontianak Harum Sundal Siang (Malam takde)



Ni jenis makhluk yang paling winrar sekali. Memang berpuaka antara terpuaka dikalangan semua golongan hantu yang ada di atas. Kenapa? Ini kerana memang susah nak detect hantu jenis ini. Hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahui. Kalau dah nama pontianak mesti laa hantu ni spesis betina. Yelah, kaum hawakan Allah s.w.t sayang lebih so ada anugerah cuti. Tapi kalau dah 30 hari cuti terus tanpa henti apa kejadahnya?





Haaa, ni laa serba sedikit hantu-hantu yang akan wujud masa bulan pose. So, watch out guys. Kalau korang ada terlihat penampakan sebegini harus berigstifar banyak-banyak dan sebaik-baiknya azankan laa dekat cuping telinga makhluk-makhluk ni biar dia sedar sikit. Aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Banyakkan beribadah dan kurangkan main mercun kalau tak mahu memperolehi pakej penginapan di hospital berhampiran.

No comments:

Post a Comment