LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa
sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung
dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan
dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan
tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri
berbuat baik pahala dapat kepadanya
kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada
isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun
begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih
lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya
dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya
mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki
mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung (ikut
kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada
keistimewaannya yang dianugerah oleh
Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau
tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga
berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan
mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi
suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan
bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat
kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami
tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya .
Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari
lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan
hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah
mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap
saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan seluruh makhluk
ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika
kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH
(dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki
akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
No comments:
Post a Comment