SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

Assalamuaalaikum Wbt! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari

seorang sahabat yg menetap di USA .

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.

Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran..

Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin dengan perubatan secara Islam dan telah membuka

sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an".Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya

berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah,

biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan

kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia

memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak

manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah

hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.

Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Tidak menunaikan sembahyang, otak kita tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk

berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya'

kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

2 comments:

  1. mmg menarik pon..jd, kite kne la menitikberatkn soal sembahyang ni, jgn la memaen psl sembahyang, kerana lau xjage hal sembahyang2 ni, kite xdpt la berpk secara normal, xtau beza mane baek mane xbaek, mane dosa mane pahale, men ikot sedap rase je nk wat, nauzubillah

    ReplyDelete